Friday, October 30, 2009

Persiapan Menghadapi PRU 13


Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP), YB Sdr Saifuddin Nasution telah memaklumkan penubuhan Sekretariat Pilihanraya Pakatan Rakyat baru-baru ini. Ianya akan dianggotai oleh seramai 6 orang dari setiap parti komponen. Penubuhan sekretariat tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dan penyelarasan diperingkat tertinggi. Mesyuarat akan diadakan setiap bulan dan dipengerusikan secara bergilir antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Selaras dengan itu juga, JPRP akan mengadakan road show ke seluruh negara bagi mempersiapkan jentera pilihanraya negeri bagi menghadapi PRU 13. Pihak JPR Negeri Sembilan yang diketuai oleh Sdr Muhammad Kamel, yang juga Ketua Cabang Rasah, akan memaklumkan tarikh berkenaan. Sasaran JPRP adalah seramai 1,000 petugas bagi setiap cabang.
Tugas berat menanti seluruh AJK Cabang Rasah dan Ketua-Ketua Ranting bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai. Namun tidak ada yang mustahil sekiranya kita semua mampu bekerja sebagai satu pasukan dan menumpukan pada matlamat tersebut. Kami yakin anda semua boleh lakukan!

5 comments:

Lelaki Melayu Terakhir said...

Nasihat saya kepada saudara Kamel,pendapat ini adalah murni,ikhlas dan daripada jiwa saya.
bagi pendapat saya adalah lebih baik Saudara Kamel tidak mengetuai JPRP Negeri Sembilan.Anda tidak ada kemampuan dari segi mobilize dan juga penerimaan orang.

JPRP harus di ketuai oleh seorang yang mempunyai ciri-ciri latar belakang yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.Maknanya ahli parti,ahli parti PR,golongan muda,wanita,orang tua,pengundi atas pagar daripada semua kaum.

saya bukan dengki atas iri hati dengan kebolehan saudara Kamel.Saya tetap sanjung peranan beliau dalam PKR di peringkat cabang,Negeri Sembilan dan juga kebangsaan.Akan tetapi biar orang lain yang lebih berkemampuan mengetui JPRP ini.sekian terima kasih

Lelaki Melayu Terakhir said...

Berikut adalah 10 usul di Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Kamel tidak ada kaliber.Pergaulan Kamel adalah terhad iaitu dikalangan orang Melayu sahaja.Kita ke arah menubuhkan Pakatan Rakyat di bawah satu logo melibatkan semua kaum di Malaysia.

Fikirlah, wahai kawan-kawan PKR di Negeri Sembilan.Apakah kamel boleh mampu buat kerja-kerja di bawah?????


1.To uphold the principles of collective decisions by way of discussions as a way of solving coalition problems.

2.To form Pakatan councils at all levels of member parties in order to strengthen unity.

3.To increase cooperation within Pakatan to ensure the downfall of Umno/BN and to address suspicions or prejudices among the three member parties.

4.To eradicate the racial doctrine at its roots and enhance Pakatan's relationship with the people, civil servants, NGOs, the palace and politicians.

5.To select Pakatan candidates with good reputation and who have the passion to serve the people to run for state and federal elections.

6.To focus on the personal development programmes of party members in order to counter the political tactics of BN.

7.To continue with the five principles - justice, freedom, truth, welfare and devotion to God.

8.To create the feeling of togetherness in Pakatan so that members will understand the struggle of the other component parties.

9.To spread information of Pakatan activities to ensure that the people get correct information and not influenced by Umno/BN propaganda.

10.To form a committee to expedite the registration of Pakatan as a party with the use of a common logo.

badboys said...

Kepada Tuan Kamel,
Saya amat setuju pandangan LMT,tuan sebenarnya tidak berani kedepan,ini munkin ada kena mengena dengan kerja tuan,saya pun syorkan biarlah ianya di ketuai di kalangan orang orang Labu,ini kerana PKR Rasah hanya bertanding Di Labu Sahaja dan biarlah orang tempatan yang dikenali ramai.Tuan Kamel boleh sokong dari belakang macam kat Bagan Pinang,tak keluar keluar.

Lelaki Melayu Terakhir said...

Kepada Ketua Cabang,

buatlah kempen keadilan untuk YB Tian Chua di bahagian Rasah

Unknown said...

BIARKAN LUNCAI TERJUN
DENGAN LABU-LABUNYA
BIARKAN....BIARKAN

BIARKAN PKR RASAH TERJUN
DENGAN DUN LABUNYA
BIARKAN...BIARKAN