Tuesday, December 21, 2010

Haji Kamel masih Ketua Cabang Rasah yang sah!

Selepas Cabang Rasah melalui proses pemilihan demokrasi pada 18 Oktober 2010 lalu, saudara Haji Muhammad Kamel Yassin telah dipilih oleh anggota Cabang Rasah sebagai ketua.

Usaha beberapa individu tertentu dalam Cabang Rasah yang cuba menafikan kedudukan saudara Haji Kamel sebagai Ketua Cabang Rasah yang sah dan dipilih melalui proses pemilihan telah dijalankan melalui Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) pada 19 Disember 2010 bertempat di sebuah restoran di Rahang.

Sehingga kini Ibu Pejabat tidak membuat tindakan dan memberi respon kepada EGM tersebut kerana Pemilihan Cabang Rasah yang berlangsung pada 18 Oktober 2010 tersebut telah dijalankan dengan adil dan secara langsung mengiktiraf keputusan pemilihan tersebut.

EGM yang dijalankan itu difahamkan TIADA sebarang wakil dari Pusat, MPN Negeri Sembilan dan pemantau. Ini bermakna EGM itu boleh dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang berlaku di dalam mesyuarat tersebut TIDAK sekali menjejas-gugat kedudukan saudara Haji Kamel sebagai Ketua Cabang Rasah yang sah.

Wednesday, March 3, 2010

KELUAR PARTI DAN MEMBURUKKAN KEPIMPINAN SATU PENGKHIANATAN




Pengkhianat terhadap Parti dan perjuangan! Itulah saja gelaran yang layak untuk mereka bertiga dan sesiapa juga yang menyokong mereka. Keadilan Cabang Rasah berdiri teguh bersama-sama pimpinan Keadilan yang lain diperingkat Cabang dan Negeri dalam menyokong kepimpinan DSAI dan seluruh barisan pimpinan yang setia dengan Parti.

Tuesday, February 9, 2010

Sokongan Terhadap DSAI

Cabang Rasah akan menghantar rombongan untuk memberikan sokongan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim pada 17hb Februari, 2010, (Rabu) bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Sila berkumpul di Pejabat MPN N9 sebelum pukul 7 pagi pada hari tersebut. Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Setiausaha Cabang Rasah, Sdr Muhammad Saedi di talian 019-2809782.

Thursday, January 28, 2010

SIRI LATIHAN MEDIA ANJURAN MPN N9

Media Training Siri 4
Anjuran
Kelab Media Penyokong Pakatan Rakyat

Tempat : Pejabat Keadilan Rakyat Negri Sembilan
Tarikh : 31hb Januari,2010
Masa : Jam 3-6 petang
Keperluan : Lap-top.
Topik : Aplikasi penggunaan facebook dan twitter.
Siapa perlu
Hadir : Semua yang berminat.Jawatankuasa cabang.Semua YB serta pembantu.
Manafaat : Meluaskan networking dalam masyarakat.Menyampai maklumat
pada network dan masyarakat dengan lebih pantas.

Hubungi : SUK Mustafa Kamal 0166319585,Nordin Ismail 0133960393
Bayaran : TIADA BAYARAN

Wednesday, January 13, 2010

BENGKEL AKTIVIS MUDA
MEMPERHEBAT PENGGIAT
Anjuran
Kesatuan Kesenian dan Warisan Nusantara
dengan kerjasama
Biro Kebajikan,Kebudayaan dan Kemasyarakatan
Parti Keadilan Rakyat Negri Sembilan.

Program : Penggiat Malaya Pasca 1900

Tarikh ; 16 hb Januari 2010.

Jam : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh.hari

Tempat : Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
433, Tingkat Dua. Jalan Tuanku Antah,
Seremban.

Pembentang : Prof. Dr. Shaharil bin Mohd Zain.

Kaedah : Diskusi dan Dialog

Siapa Patut Hadir: Semua pemimpin muda,aktivis dan mereka yang berminat
untuk mengembangkan pemikiran,pengetahuan dan perspektif dalam isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat dan Negara.

Bayaran : Tiada bayaran dikenakan

Berminat sila hubungi SUK MUS 016-6319585, atau Nordin Ismail 013-3969393.
MEDIA TRAINING siri 3
ANJURAN
KELAB MEDIA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Program : Bengkel aplikasi penggunaan twitter dan facebook

Tarikh : 17hb. Januari, 2010. Ahad.

Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tgh. Hari.

Tempat : Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negri Sembilan,
433, Tingkat Dua ,Jalan Tuanku Antah,
Seremban.

Trainer : En Sean Ang (KL)
Sdr.Onn Abu Bakar

Siapa Patut
Hadir : Semua penyokong Pakatan Rakyat.

Keperluan Yang berminat untuk mengikuti bengkel diminta membawa lap-top masing-masing. Peserta diharap sudah mempunyai alamat e-mail sendiri.

Bayaran Tiada bayaran dikenakan

Hubungi SUK MUS 016-6319585,atau Nordin Ismail 013-3960393.