Wednesday, November 12, 2008

PKR Tembusi Kubu Kuat Umno DUN Labu!




Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rasah telah berjaya menembusi kubu kuat Umno di DUN Labu apabila 32 orang yang kebanyakannya ahli Umno di Kampung Labu Hilir, keluar dari Umno dan menyertai PKR.
Penyertaan bekas ahli Umno tersebut berlangsung pada 24hb Oktober 2008 malam Jumaat lalu di Majlis Sambutan Aidlfitri & Penubuhan PKR Cawangan Labu Hilir. Majlis tersebut berlangsung di Dataran Teratak rumah Saudara Mohamad Bin Yusof, Batu 13 Jalan Labu.
Sebelum ini kawasan tersebut amat sukar ditembusi kerana ia merupakan kubu kuat Umno lebih-lebih lagi Ketua Umno Bahagian Rasah, YB Dato' Hashim Rusdi yang juga merupakan ADUN Labu tinggal di kampung tersebut.
Majlis malam tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas merangkap Ahli Parlimen Telok Kemang. Turut hadir, Setiausaha Perhubungan Negeri, Saudara Sabaruddin Mohd Yassim, Ketua Bahagian Rasah, Hj. Muhammad Kamel Yasin, Saudara YB Chai Tong Chai ADUN Chuah dan seluruh AJK Bahagian Rasah.
Sambutan amat menggalakkan, sekitar 150 orang telah menghadiri majlis tersebut. Majlis berakhir jam 12.00 malam.

Saturday, November 8, 2008

Lawatan Ke Wad Kanak-kanak Hospital Seremban




Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rasah telah mengadakan lawatan ke Wad Kanak-kanak di Hospital Seremban pada 5hb Oktober 2008 lalu.
Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Bahagian Rasah, Hj. Muhammad Kamel Yassin dan disertai bersama oleh Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Chuah, YB Chai Tong Chai, Timbalan Ketua, Saudara Norizam Yasin, Naib Ketua, Saudara Sabaruddin Mohd Yassim, Ketua Wanita, Ustazah Siti Maimun Satibi dan beberapa AJK Bahagian termasuk AMK Bahagian.
Program ini bermula jam 12.00 tengahari dan telah mendapat kerjasama dan layanan yang baik daripada kakitangan wad tersebut.
Sumbangan berupa hamper dan wang turut disampaikan kepada pesakit-pesakit wad terbabit.


Friday, November 7, 2008

Program Sumbangan Aidilfitri Untuk Fakir Miskin & Ibu Tunggal


















Pada 21hb September 2008 lalu, Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rasah telah mengadakan program sumbangan Aidilfitri untuk ibu tunggal dan fakir miskin di sekitar kawasan Bahagian Rasah.

Program ini telah dimulakan seawal jam 9.00 pagi yang melibatkan seluruh AJK Bahagian Rasah yang diadakan secara berkonvoi kereta. Mambau menjadi lokasi program ini bermula, kemudiannya menjelajah ke kawasan Labu.

Lebih 60 sumbangan berbentuk hamper makanan telah disampaikan kepada ibu tunggal dan fakir miskin.
Konvoi ini telah diketuai oleh Ketua Bahagian Rasah, Tuan Haji Muhammad Kamel Yassin, yang turut disertai oleh Timbalan Ketua, Saudara Norozam Yassin,Ketua Wanita Bahagian, Ustazah Siti Maimun Satibi, Naib Ketua Bahagian, Saudara Sabaruddin Mohd Yassim,AJK dari cawangan Labu, Mambau dan AMK Bahagian.

Program ini telah berjaya mendekatkan parti dengan rakyat yang berada dalam Bahagian Rasah selain menguatkan kerjasama antara ahli bahagian.

Salam Perkenalan

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rasah akhir telah berjaya menjengah ruangan siber ini. Bahagian Rasah adalah antara bahagian yang terawal ditubuhkan iaitu sejak sepuluh tahun lalu seiring dengan kewujudan Parti Keadilan Nasional ketika itu.