Friday, April 17, 2009

Fairus letak jawatan ADUN Penanti

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR, tetapi tiada pengesahan dari Fairus sendiri kerana beliau tidak dapat dihubungi.

mohammad fairus penang deputy cm deny resign 160708 01"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.

DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namanya.

Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.

Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.

Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.

Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.

Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.

Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.

Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.

Sementara itu, Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Fairus itu.

Dalam satu sidang akhbar yang dilihat secara tergesa-gesa di pejabatnya hari ini, Abdul Halim berkata, beliau menerima surat tersebut awal hari ini.

Katanya, persiapan sedang dibuat untuk menghadapi pilihanraya kecil Penanti.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairus:

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan

Jangan guna nama saya: Najib

Muka depan Sinar Harian 16hb April 2006




Protes....Papan Tanda Iklan Kementerian Pelancongan yang mempunyai gambar Najib dipangkah!


Nampaknya Najib telah menyedari dirinya begitu ditolak oleh rakyat. Hakikat kekalahan BN dalam beberapa siri pilihanraya kecil sejak PRK Permatang Pauh hingga terkini di dua bukit, telah membuktikan rakyat TIDAK merestui Najib sebagai PM.

Luahan protes dan kebencian rakyat telah dinyatakan terus melalui papan-papan iklan seperti gambar di atas. Ada berani Najib nak buat pilihanraya umum untuk dapatkan mandat baru??? Lu pikirlah sendiri brader!!!!

Info & gambar: sumbangan geng budak jahat (lu pikir sendirilah...you know who you are brother)

Monday, April 13, 2009

Sekitar Pilihanraya Kecil Bukit Gantang

Penamaan Calon...penyokong PR berjaya menandingi bilangan penyokong BN.


Sokongan Padu...sebahagian 50 ribu penyokong PR yang memenuhi bukit berhampiran Jalan Esplanade, Taiping ketika hari Penamaan Calon.


Skuad Wanita Rasah turut serta dalam gerak kerja pilihanraya sepanjang tempoh berkempen. Gambar ini dirakam ketika pasukan kempen Bahagian Rasah melawat Kg. Jebong Lama, Simpang Halt, Taiping yang termasuk dalam Dun Kuala Sepetang.


Hari Pengundian...suasana pada hari pengundian di kawasan Ayer Putih. Walaupun semua saluran di sini tewas namun telah ada peningkatan undi kepada PR. Kawasan Ayer Putih juga adalah antara kubu kuat Umno di dalam Dun Kuala Sepetang.