Thursday, September 3, 2009

Program Cabang Turun ke Ranting Mambau




30 Ogos, 2009 - Usaha untuk mengukuhkan Cabang Rasah telah diteruskan dengan program bersama pimpinan dan anggota PKR Ranting Mambau. Majlis yang bermula pukul 9.45 mlm bertempat di rumah Ketua Ranting Mambau, Saudara Rahim Omar turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang anggota Ranting. Turut hadir adalah AJK Cabang serta pimpinan dari Ranting LBJ dan Seremban Jaya. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pimpinan Cabang dan anggota di peringkat Ranting. Disamping itu ianya telah berjaya mengenal pasti permasalahan yang berlaku di peringkat ranting. Melalui usaha ini juga diharapkan maklumat berkaitan dengan parti dan isu-isu semasa dapat diperjelaskan kepada akar umbi. Program ini telah diakhiri dengan jamuan makan sempena menyambut Kemerdekaan ke-52 yang disediakan oleh Ustazah Siti Maimun, yang juga merupakan Ketua Wanita Cabang Rasah. Sekalung tahniah dan syabas kepada pimpinan Ranting Mambau dan seluruh anggota atas kejayaan menganjurkan program ini.

2 comments:

badboys said...

Salam,walau macam mana hebat pun kamil buka ranting ia masih tidak mampu menawan Labu selagi masaalah Labu tida diselesaikan dengan baik.Buka banyak ranting adalah bagus tetapi bkebanyakan ranting2 itu bukanlah kawasan PKR bertanding.Ini tujuan untuk memastikan kamil berkuasa dalam pemilihan bahagian nanti.

Unknown said...

satu ketika luqman hakim berkata, anakku, tunggangi kuda ini biar ayahanda berjalan pula,sampai si satu kg..berkata penduduk2 kg..kesian org tua itu..adakah anaknya menjadikn bapanya hamba, satu ketika giliran luqman hakim menaiki kuda selepas berjln kaki seberpa lama, smpi di satu pekan, penduduk2 berkata, tidakkah patut dibiarkn anakny yg kecil menarik kuda bapanya..jadi...lu pikir sendiri lah beb...nak puas hati sume org x kan ada kesudahannya...