Saturday, September 5, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang

Ucapan takziah dari kami kepada keluarga YB Azman Mohd Noor di atas pemergian Allahyarham...Al Fatihah...semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Akhirnya setelah 8 pilihanraya kecil di negeri orang, kali ini kita bakal menjadi tuan rumah. Pilihanraya Kecil ke-9, di Negeri 9, Bulan 9, tahun 2009!
Keadilan Cabang Rasah sekali lagi akan menghantar petugas (kali ini pasti lebih ramai!) bagi memastikan kemenangan mana-mana calon yang diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Kita cuma perlu lagi 4 kerusi DUN untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan!
Disamping itu, harapan kita dengan adanya Pilihan Raya Kecil ini akan memberi peluang untuk Cabang Rasah mengumpul aktivis keadilan yang bakal dilatih seterusnya untuk menawan DUN Labu. Yang lebih penting semoga sebarang perbezaan dan salah faham sesama anggota Cabang Rasah dapat dileraikan dan kita kembali bersatu sebagai sebuah keluarga.
Selamat berjuang! Lawan Tetap Lawan!

4 comments:

badboys said...

Salam,
Bukan mudah nak tawan Labu kalau ketua Bahagian masih bermusuhan dangan anak jati Labu.Kamil Sebenarnya tamak kuasa.Ingin sangat jadi calon Labu.Kita Orang Labu sama sekali tidak akan menerima orang Luar Dari Labu.

abdel cadeer said...

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jgan diduga,
kalau spakat tak dapat kekal
jangankan Labu, peti undi sndiri pun lom tentu terjaga...
slagi hayat dikandung badan
agi idup agi ngelaban

badboys said...

Salam Abdul cadeer,
Cara anda sama sebiji macam orang umno,orang umno kalau lawan ketua adalah satu kesalahan besar,apa yang kami luahkan adalah untuk kebaikan parti ,tapi kawan kamu kamil tak pandai nak selesaikan sebab beliau di kelilingi oleh penyokong2 yang diragui kesetiaannya.

aslan said...

melawan ketua memang salah besar, dlm islam camtu gak..anda mewakili rmai atu syok sorang2..hebat sgt ke kamil tu? aku tgk ngko maksimum ngutuk dia kat mana2 post..kalu dlm umno ni, dah kire tahap pemimpin tertinggi,.. MT tu bro...patut pun jadi ketua...