6 Sep, 2009 - Majlis Berbuka Puasa Cabang Rasah telah diadakan di rumah Ketua Ranting Labu Hilir, Sdr Mohamad. Setelah menghabiskan hampir separuh hari menziarahi rumah penduduk-penduduk di sekitar Labu Hilir bagi menyampaikan bantuan, kami telah dijamu dengan juadah berbuka yang cukup istimewa disediakan oleh isteri Sdr Mohamad.
Majlis berbuka ini sepatutnya diadakan di Masjid Labu Hilir bersama dengan penduduk dan ahli kariah masjid. Walaubagaimanapun ianya terpaksa di tukar di saat-saat akhir ke rumah Sdr Mohamad setelah wujudnya halangan dari pihak-pihak tertentu. Menurut Tuan Haji Mohamad Kamil, beliau amat kesal kerana sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, masih ada golongan pimpinan tertentu yang cuba mempolitikkan masjid.
Setelah selesai berbuka, kami telah bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diketuai oleh Sdr Mohamad Yusof dari Angkatan Muda Keadilan Ranting LBJ. Beliau juga merupakan graduan Pengajian Islam dari Universiti Malaya dan mantan pensyarah di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Sebelum pulang, kami juga sempat mengadakan Mesyuarat Pengurusan Setiausaha Cabang dan Ranting. Berbagai isu dan maklumat telah dikongsi.
Bagi pihak pimpinan Cabang Rasah, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Sdr Mohamad dan keluarga. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Kamil yang telah sudi menaja sumbangan bantuan Ramadhan kali ini. Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih di atas sumbangan beras oleh YB Dato' Kamarul Baharin, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan.
Kepada seluruh pimpinan dan Anggota Cabang Rasah, kami berharap program ini akan meningkatkan lagi keazaman dan komitmen kita untuk terus membantu rakyat. Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah SWT.
13 comments:
Tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan bantuan fakir miskin,walaupun Seluruh Labu Dipinggirkan.Bagi Kawasan Labu kita akan mula edarkan pada minggu ini,yang ini bukan sumbangan kamil.
Salam, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah kita bersatu kembali dan lupakanlah segala persengkataan yang lalu. Tidak kira sumbangan datang dari mana yang penting keikhlasan yang datang dari hati kita disamping mendapat rahmah dan hidayah dari Allah s.w.t.
Salam,kepada encik Zul Kenapa ketua bahagian yang kamu sanjung itu tak boleh berfikir macam kamu,kenapa sombong bodoh sangat.
Setakat buka puasa dengan 5 orang bukan suatu aktiviti yang berjaya.Ketua Bahagian bukan orang Labu,jadi beliau tidak tahu menahu tentang selok belok Labu.Yang tahu saya rasa adalah orang-orang yang berasal daripada Labu....PRU 12 hari itupun Ketua Bahagian tidak kelihatan di Labu.pergi mana?????Orang Labu tak akan terima orang bukan Labu.
Salam, kepada Lelaki Melayu Terakhir, apo yang ko merepek tak sudah2 nie??? cukup-cukup la tu. Orang buat aktiviti yang pun ko nak komen. Tak kisah la berapa orang yang datang untuk aktiviti tu janji ianya berjalan lancar dan rakyat Labu gembira dengan program tersebut. Kalau bayak 100 orang tapi buat menyemak aje buat apa. Mana ko tahu orang Labu reject Kamil?? ko pandai2 aje. Aku tengok sokongan dan penerimaan orang Labu pada HJ Kamil dari PKR Rasah amt baik sekali. Aku tak tau dari mana ko dapat fakta tu atu ko syok sendiri.
Kepada Pemuda Rasah,kamu kena tahu dulu senario Labu dulu kalau boleh kamu janganlah mencampuri hal bahagian,kamu buatlah kerja kamu sebagai pemuda,mana dia pemuda Labu,sampai sekaang saya tak nampak.pasal kamil rata rata orang Labu tak kenal dia,ini silap dia sendiri,masa pru lepas di menyorok sebab takut kontrak Landscape dia terlepas,sebab itu langsung tidak membantu,sebab itulah orang Labu tidak akan sama sekali menerima beliau.Bagi pemuda buatlah kerja bagi mantapkan pemuda tak perlu bodek ketua bahagian,ingat satu satunya PKR bertanding di Rasah adalah Labu,LMT itu mukin orang Labu sebab itu dia bercakap begitu.Orang Labu boleh buat aktiviti tanpa bantuan Bahagian.Banyak dah kita buat kalau cite satu satu nanti cakap tak ikhlas pula.Jangan kipas lebih lebih kamil itu
saya merupakan, pimpinan pemuda pas di salah sebuah cawangan di dun labu..saya berharap pemuda pas dan amk di dun labu dapat bekerja sama diantara satu sama lain dalam menjalankan pelbagai aktiviti..Takbirrr..!
Selamt hari raya
saya merupakan, pimpinan pemuda pas di salah sebuah cawangan di dun labu..saya berharap pemuda pas dan amk di dun labu dapat bekerja sama diantara satu sama lain dalam menjalankan pelbagai aktiviti..Takbirrr..!
lelaki melayu terakhir..ngko nie asal PKR, tpi ngko x puas hti kat PKR..tol tak.?..PKR labu nie x lame g akn hancus..gaduh jer,..hahaha, jemputlah masuk bersma kami..kite lwn kamel@camel sme2..ngko nie maher nmpknye pasal labu..baik kte bersatu dlm parti melayu sebenar iaitu UMNO..
Apa pula tuan tak nampak pun dalam gambar?mano poi eh?takut ke nanti org UMNO tengok kamu.berhentilah daripada bersandiwara.
Tuan yang aku maksudkan itu adalah orang UMNO dalam PKR.Dia dihantar untuk membuat kacau bilau dalam PKR.Kita dah kesan daripada awal.Alhamdulillah......... dengan persefahaman yang erat daripada orang-orang kuat,kita sentiasa memerhati gerak-geri dan kita berjaya mengesan daripada awal-awal.jangan bermimpi siang hari untuk membuat kacau bilau dalam PKR Labu.itu nasihat aku pada orang-orang tertentu.
Kelemahan PKR di rasah nie ialah anda punyai tabiat buruk sngka sesme anda, ibarat kte pepatah melayu, x pandai menari, tanah dikata tinggi rendah,..pastu jaja pekung sendiri kat public, cthnya kat dlm blog nie...demokrasi ke camtu..yelah parti keadilan ye tak? raja adil raja disembah raja x adil sume menyampah...hehehe mleh nak komen,..parti budak2...memang PKR da banyk loop hole yg x dpt ditutup g,..
Post a Comment