Friday, November 17, 2017

Sumbangan Amal Kepada Aktivis Keadilan Rasah




Batu 9 Port Dickson
17.11.2017
6:30 petang

Ketua Wanita KEADILAN Negeri Sembilan, Puan Azlina Zamli bersama Ketua Cabang Rasah, Sdr. Tangam Raju telah melawat dan menyerahkan bantuan kerusi roda kepada aktivis KEADILAN Rasah iaitu Sdr Mohd Adam di kediaman beliau petang tadi.

Turut bersama hadir adalah Timbalan Ketua Wanita KEADILN Negeri Sembilan, Puan Bathma, Naib Ketua Cabang Jelebu Sdr Yus Masrizal dan AJK Cabang Kuala Pilah, Sdr Shamsul Anuar dan Sdri Ila.

Sdr. Mohd Adam yang juga dikenali sebagai Sheikh Nassem melalui akaun FB merupakan aktivis awal Caang Rasah era Reformasi tahun 1998 lagi.

Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan keadaan beliau.
Cabang Rasah mendoakan agar beliau kembali sihat sediakala.
#pedulirakyat #KEADILAN #keadilanrakyat

No comments: