Wednesday, November 12, 2008

PKR Tembusi Kubu Kuat Umno DUN Labu!




Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rasah telah berjaya menembusi kubu kuat Umno di DUN Labu apabila 32 orang yang kebanyakannya ahli Umno di Kampung Labu Hilir, keluar dari Umno dan menyertai PKR.
Penyertaan bekas ahli Umno tersebut berlangsung pada 24hb Oktober 2008 malam Jumaat lalu di Majlis Sambutan Aidlfitri & Penubuhan PKR Cawangan Labu Hilir. Majlis tersebut berlangsung di Dataran Teratak rumah Saudara Mohamad Bin Yusof, Batu 13 Jalan Labu.
Sebelum ini kawasan tersebut amat sukar ditembusi kerana ia merupakan kubu kuat Umno lebih-lebih lagi Ketua Umno Bahagian Rasah, YB Dato' Hashim Rusdi yang juga merupakan ADUN Labu tinggal di kampung tersebut.
Majlis malam tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas merangkap Ahli Parlimen Telok Kemang. Turut hadir, Setiausaha Perhubungan Negeri, Saudara Sabaruddin Mohd Yassim, Ketua Bahagian Rasah, Hj. Muhammad Kamel Yasin, Saudara YB Chai Tong Chai ADUN Chuah dan seluruh AJK Bahagian Rasah.
Sambutan amat menggalakkan, sekitar 150 orang telah menghadiri majlis tersebut. Majlis berakhir jam 12.00 malam.

1 comment:

Labubt8 said...

Apa penjelasan yang PKR Rasah boleh buat merujuk kepada slogan dikampung2 skrg - "PKR bekokok2, Cino DAP jugak lah yang jadi Rajo..."

1. Apakah benar, strategi PKR Kebangsaan memberi muka & berlembut dgn Kaum Cina bagi tempoh 3 tahun hingga pertengahan 2011 bagi tujuan hati & undi.
2. Adakah benar, arahan tersebut 'minta dipatuhi' selaras dgn kekhuatiran Pusat kepada keagresifan Kaum India menguasai PKR.

Harap Jawab & Komen.
Tq.