Thursday, August 11, 2011

PKR komited menangi Dun Labu PRU-13

(sekadar hiasan: pokok labu)

Satu-satunya dun yang ditandingi oleh PKR di Parlimen Rasah iaitu Labu dilihat antara kawasan dun yang berpotensi tinggi untuk dimenangi oleh PKR pada PRU-13 akan datang. Berdasarkan pada keputusan PRU-12 lalu, PKR Negeri Sembilan dilihat mampu memenangi enam lagi dun termasuk Labu iaitu Pertang, Juasseh, Pilah, Jeram Padang dan Linggi. Kawasan-kawasan ini telah dimenangi oleh BN dengan majoriti di bawah dua ribu undi.

Seandainya momentum sokongan pengundi Cina dan India kekal sebagaimana PRU tahun 2008 lalu disamping sokongan pengundi Melayu dapat ditingkat sehingga 51 peratus, enam dun tersebut termasuk Labu akan dimenangi oleh PKR. Jika andaian tersebut berlaku, kerusi-kerusi dun yang ditandingi Pas Negeri Sembilan seperti Lenggeng, Johol, Gemencheh, Senaling, Seri Menanti, Klawang dan Serting turut akan dimenangi oleh Pas.

PR hanya memerlukan lagi empat kerusi dun untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan. Secara data, PKR mempunyai lagi enam dun untuk dimenangi dan PAS lagi tiga dun untuk dimenangi iaitu Lenggeng, Johol dan Klawang.

PKR hanya memerlukan anjakan 800 orang pemilih lagi untuk memenangi Labu sekiranya sokongan pada PRU 2008 kekal. PKR dijangka mampu mendapatkan anjakan tersebut berdasarkan prestasi pertandingannya di Labu.

Pada PRU 1999, PKR ketika itu dikenali sebagai KEADILAN telah bertanding di Labu telah berjaya melonjakkan sokongan pemilih (swing undi) sebanyak 25.21 peratus atau tambahan 1815 orang pemilih berbanding PRU 1995 yang mana calon Semangat 46 hanya mendapat 902 undi. Peralihan undi yang tinggi tersebut telah menyebabkan majoriti BN merosot daripada 5173 undi pada PRU 1995 kepada 1684 undi pada PRU 1999. Ketika itu, calon KEADILAN adalah saudara Norizam Yassin.

PRu 2004 pula, PAS telah diberi laluan untuk bertanding di Labu. Namun, BN telah berjaya meningkatkan kembali majoriti kemenangan iaitu 2673 undi. Walaupun kalah, PAS turut meningkatkan sokongan pemilih sebanyak 215 orang atau swing sebanyak 4.75 peratus. PAS turut menang di DM Kg Kondok.

Dun Labu boleh dianggap bukan lagi kubu kuat Umno-BN. Ia terbukti dalam PRU 2008 lalu setelah BN hanya mampu menang dengan majoriti hanya 1405 undi. Kali ini PKR kembali bertanding dengan calon anak tempatan Labu iaitu saudara Mohktar Ahmad. Seakan mengulangi prestasi PRU 1999, PKR telah melonjakkan sokongan pemilih dengan swing sebanyak 9.21 peratus atau tambahan 1474 orang pemilih kepada undi PKR.

Kesungguhan PKR untuk terus bertanding dan memenangi Dun Labu cukup tinggi. PRU-13 adalah peluang terbaik bagi PKR untuk merampas Labu dan seterusnya membantu memenangkan PR seluruh Negeri Sembilan bagi menawan negeri ini.

PKR Cabang Rasah cukup komited dalam usaha tersebut walaupun PAS turut menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRU-13 nanti di Labu. Harus diingat sebagai fakta bahawa tidak wujud persoalan penggiliran di Labu. Secara data dan analisa menunjukkan PKR akan tetap komited untuk kekal bertanding di Labu kerana ia adalah kerusi berpotensi untuk dimenangi oleh PKR.

Segala pandangan, cadangan dan pendapat yang bernas serta penuh pertimbangan amat dialu-alukan. Mana-mana komen yang tidak membina, tiada sokongan fakta, hujahan lemah dan tidak bertimbangrasa akan dilupuskan.

7 comments:

haziq said...

Salam, Setuju sangat PKR bertanding Di Labu tapi pastikan Calon tempatan Sahaja dan berpendidikan tinggi. Ketua cabang rasah tidak sesuai sebab bukan calon tempatan. Calon 2008 sepatutnya sudah menang tetapi atas faktor tiada kerjasama dari ketua cabang dan perhubungan negeri maka PKR masih tidak boleh merampas Labu dari ummmmno. Namun demikian PKR berjaya mengurangkan majority yang cukup baik sejak merdeka.Oleh itu sekiranya calon tempatan ketua cabang dan perhubungan negeri berilah kerjasama yang sepenuhnya untuk menang.

Anonymous said...

Salam bro haziq,

mungkin patut beri cadangan calon yg sesuai bertanding labu...u tak beri cadangan apa2 pun...at least give a name & credible person to be a PKR candidate at labu....

haziq said...

Salam , kalau dah sampai masa kita akan umum kan calonnya,sekarang bukan masa yg sesuai utk d war2 kan, percayalah calon kali adalah yg terbaik d aripada calon2 lepas Dan berwibawa kemudi negeri sembilan.

Anonymous said...

kenyataan mokhtar di sinar harian pada 24 April 2012,membuktikan kenyataan yang syok sendiri.,hanya pendapat yang bersendirian dan peribadi tidak mewakili PKR sendiri..ketetapan dah dibuat oleh pimpinan PR N.S...PAS akan bertanding dilabu..!pertukaran kerusi antara PAS dan PKR telah dibuat..knp mokhtar masih berangan2 nak bertanding diLabu..?