Komentar kali ini adalah berkenaan pentadbiran organisasi dalam cabang. Ia penting sebagai membuka perspektif anggota-anggota parti bahawa pengukuhan organisasi amat penting bagi meluaskan kekuatan parti tanpa bertumpu pada sesuatu kawasan.
Apakah perkara penting yang hendak dilontarkan di sini?
Kadangkala kontradiksi atau pertentangan pandangan mengecilkan perspektif berfikir. Keadaan itu berlaku dikalangan anggota-anggota parti kerana masing-masing punya pandangan dan kritis yang tersendiri pada sesuatu isu. Namun, harus diingat bahawa tidak semua pandangan itu mempunyai pengertian yang berguna lagi membina kepada organisasi.
Jika kita melihat kepada parti Umno sebagai contoh, antara kaedah mengukuhkan organisasinya adalah dengan menubuhkan dan mewujudkan banyak cawangan di sesuatu bahagian. Logik politiknya adalah memudahkan pengurusan pentadbiran kawasan-kawasan yang lebih spesifik dan lebih bersifat lokal. Kewujudan unit pertubuhan tersebut akan memudahkan organisasi terbabit memantau, menyelia dan menggerakkan program dan aktiviti politik.
Logiknya kepada Cabang Rasah pula, pengukuhan organisasi itu juga tidak harus tertumpu pada hanya kawasan yang ditandingi semasa pilihanraya. Parlimen Rasah secara keseluruhannya meliputi Dun Labu, Mambau, Rahang, Bukit Kepayang dan Senawang.
Apakah kerana parti tidak bertanding di kawasan-kawasan seperti Rahang, Mambau, Bukit Kepayang dan Senawang maka kawasan-kawasan ini tidak memerlukan penubuhan ranting-ranting? Mungkin pada masa-masa akan datang, keperluan untuk parti bertanding di kawasan-kawasan tersebut akan terjadi, maka kepentingan adanya unit organisasi parti iaitu ranting menjadi keutamaan sebagai penggerak. Mungkin pada masa akan datang PKR diberi ruang pula bertanding di Bukit Kepayang atau kembali semula ke Senawang.
Ini hanya sebahagian daripada kaedah pengukuhan organisasi peringkat cabang. Sekadar membuka perspektif antara anggota parti agar tidak disempitkan dengan pertentangan pandangan yang menghalang pertimbangan benar fikiran dan kematangan.

No comments:
Post a Comment