Memang benar ada yang mengatakan Ketua Cabang Rasah, saudara Hj Muhammad Kamel Yassin berasal dari luar Labu. Namun, keluarga beliau telah menetap di Sendayan lebih daripada tiga puluh tahun di situ. Ketika itu, kawasan tersebut adalah sebahagian daripada kawasan DUN Labu.
Membicarakan persoalan anak jati, calon Keadilan pada PRU 1999 bagi Dun Labu juga bukan anak jati Labu. Beliau berasal dari Seri Menanti, Kuala Pilah.
Jika orang yang berhijrah dan menetap serta berkeluarga di sesebuah tempat melebihi 20 tahun sudah dikira penduduk jati walaupun tidak dilahirkan di tempat tersebut. Ada perbezaan yang jelas di sini iaitu anak jati (yang lahir di tempat tersebut) dan penduduk jati (yang datang berhijrah kemudian menetap dan berkeluarga lebih dari dua dekad).
Kembali dirujuk kepada persejarahan lama, asal nenek moyang kita juga berhijrah dari luar datang ke mari. Yang asal-asal penduduk di negeri ini adalah Orang-orang Asal yang juga disebut sebagai Orang Bukit.
Semoga nukilan ringkas ini dapat meluaskan perspektif kita berfikir.
Sekian.

1 comment:
politik sekarang it all about persepsi...
Post a Comment