Friday, March 27, 2009

Kerajaan digesa haramkan nama Pakatan Rakyat

dipetik daripada Malaysiakini.com

Seorang perwakilan ke perhimpunan agung Umno menggesa supaya kerajaan mengharamkan penggunaan nama 'Pakatan Rakyat' kerana mendakwa ia sebuah pertubuhan haram.

Wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan berkata, Umno dilahirkan di dalam istana, "bukan seperti parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan".

"Siapa pula Pakatan Rakyat yang dicanangkan akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September lalu?

"Siapa mereka ini. Bukankah negara mempunyai undang-undang peraturan tubuh parti politik," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno hari ini.

"Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan. Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang," katanya.

Sebenarnya, dakwa Nur Saidi, Pakatan Rakyat tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.

"Kalau tidak ada, kenapa semua pihak - parti parti politik, media masa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu.

"Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ianya sebuah pertubuhan haram

"Ini tidak boleh dibenarkan sama sekali," tegas Nur Saidi.

Salah satu contoh wakil Pemuda Umno yang bebal.

Apakah saudara Nur Saidi Nayan ini lupa atau benar-benar bodoh istilah "Pakatan Rakyat" dan juga "Barisan Nasional" adalah sebuah nama perikatan politik sahaja? (politic alliance).

Tidak timbul soal Pakatan Rakyat itu sebuah pertubuhan kerana ia hanya sebuah perikatan politik dan tidak membabitkan soal-soal dengan pertubuhan. Jika begitu saudara Nur Saidi Nayan ini berfikir, maka BN juga perlu diharamkan. Pendaftar Pertubuhan pun akan beranggapan saudara Nur Saidi ini bebal. Tidak faham mana pertubuhan berdaftar dan apa itu perikatan.

Jangan kita di Pakatan Rakyat menjadi bebal seperti saudara Nur Saidi itu.



Tuesday, March 24, 2009

Jangan Diracun Pohon Yang Rendang

Alkisahnya dahulu pohon rakyat yang hidup di negeri yang sembilan ini tidak terjaga sebaiknya. Pohon ini subur tetapi terbiar tidak terurus dengan baik. Telah tumbuh meliar segala lalang dikelilingnya menjadi semak yang mungkin bertukar menjadi belukar yang sesak.

Takdir ilahi menentukan segalanya. Telah bertukarlah si penjaga pohon ini setelah tanah hujung benua ini dilanda ombak gadang setahun lalu. Bak kata pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah. Menepati maksud pepatah itu, maka si penjaga ini memikul amanah memulihara pohon rakyat daripada penjaga yang lama.

Segala lalang, semak yang kian membelukari pohon rakyat ini dibersihkan dan dikemaskan tanah sekelilingnya. Ditaburi segala baja yang baik supaya pohon ini cukup sihat hidupnya. Dipagari sekitarnya dengan pertahanan yang sempurna agar tiadalah dicerobohi segala haiwan liar dan dimasuki oleh orang-orang asing.

Lapan purnama pun berlalu, pohon rakyat ini kian rendang, yakni bertambahlah dahan rantingnya menaungi kawasan sekelilingnya walaupun ada sedikit sebanyak renek-renek semalu yang tumpang hidup di bawahnya. Namun tiadalah terganggu atau terpijak oleh penjaganya akan duri-duri dari renek-renek semalu itu...

Bagaikan guruh bergempita membelah langit, telah datang sang durjana ingin mencantas pohon rakyat ini. Telah diwadahkan olehnya kata-kata noda pohon ini tidak selamat kerana dilingkari segala renek-renek dedalu yang menghisap zat pokon itu.

Maka si Penjaga berikhtiar dengan sebaiknya memperelokkan pohon rakyat ini agar tiadalah dedalu-dedalu yang bakal merosakkan segala dahan rantingnya.

Namun, bagai tiada disangka, kembalinya sang durjana ingin meracun pohon rakyat ini. BAGAIKAN DIRASUK KEGILAAN berbondong-bondong datanglah sang durjana membawa sokongan ingin mencerobohi pohon rakyat.

Berteguhlah si Penjaga mempertahankan pohon rakyat ini agar tiadalah dirosak lagi dicemarkan.
Kerana rasa, badan binasa...kerana nafsu musnah segala yang baik...

KDN gantung akhbar PAS, PKR

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo coverTindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000

Tuesday, March 3, 2009

Sekitar Majlis Makan Malam Bersama DSAI

Pengelola Program, Edwin Lim Khoon Seng (kiri) bersama Ng Yong Sam, Paul, Khoo & Tang Jayson


Bersatu Ke Arah Perubahan...kehadiran lebih daripada seribu jemputan yang memenuhi seluruh dewan makan daripada pelbagai kaum.


Tokoh Wibawa...DSAI ketika menyampaikan ucapan. Kelihatan semua wartawan dan orang ramai mengambil peluang merakam gambar beliau.


Sesi penyerahan Memorandum Penternak Khinzir Bukit Pelandok oleh Adun Chuah, YB Chai Tong Chai.


Ketua Bahagian Rasah, Hj. Kamel Muhamad Yassin ketika menyampaikan ucapan.

Thursday, February 26, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DSAI

Peta laluan ke Restoran Dragon Court

"MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DSAI"
Tarikh: 1hb MAC 2009 / Ahad.
Masa: 8.00 malam.
Tempat: RESTORAN DRAGON COURT, OAKLAND SEREMBAN 2, SEREMBAN.
Hotline: 012-628 2929 (Edwin Lim Khoon Seng)

Monday, February 23, 2009

Umno penakut, kata Mohd Nizar

dipetik daripada Malaysiakini.com
Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.

Keluar rumah rasmi


Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.

Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan
kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.

Thursday, February 19, 2009

Speaker ada kuasa gantung MB, enam exco - Dr Aziz Bari

Harakahdaily
Thu | Feb 19, 09 | 10:26:27 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum

"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web.

Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.

"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.

Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.'

Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker.